Courseware .


1.0  PENGENALAN

Koswer pembelajaran mengenai operasi tambah dan tolak sehingga 100 merupakan  sub topik dalam pendidikan matematik yang diperincikan bagi pelajaran peringkat rendah iaitu tahun 1. Koswer ini membina kemahiran murid-murid untuk mengenali nombor-nombor yang merangkumi operasi tambah dan tolak . Di dalam perisian  koswer, terdapat satu pengajaran awal bagi menjelaskan bagaimana operasi tambah dan tolak sehingga 100 berlaku. Terdapat pelbagai bentuk  pengajaran di dalam koswer ini termasuklah aktiviti latih tubi, permainan serta kuiz yang mampu memberikan hasil pembelajaran yang berkesan. Seterusnya,  pembangunan koswer ini juga turut menggunakan kesemua elemen multimedia  iaitu dalam bentuk gambaran, animasi , video , teks  audio bagi memudahkan penerimaan murid-murid terhadap pembelajaran koswer ini dengan jelas  mengenai pembelajaran yang ingin disampaikan. Koswer ini membina kemahiran murid untuk memahami dan mengenali nombor-nombor di samping  koswer ini turut menyediakan beberapa bentuk soalan yang disertakan jawapan bagi mengasah minda murid – murid malah dapat mengukur dan merekod kemajuan murid-murid dalam memahami sub topik matematik tersebut.

1.2  MATLAMAT
1)      Memudahkan murid untuk belajar dan memahami tentang operasi tambah dan tolak.
2)      Penyampaian ilmu yang lebih interaktif agar murid lebih berminat dan tidak mudah berasa bosan untuk belajar matematik.
3)      Menyediakan video dan audio yang bersesuaian mengenai operasi tambah dan tolak agar para murid lebih memahami cara operasi itu didselesaikan.
4)      Menyediakan solaan latih tubi dan uji minda untuk menguji tahap kefahaman dan memantapkan skill murid dalam operasi matematik.
5)      Menyampaikan isi pembelajaran dalam pelbagau bentuk dan ciri multimedia seperti imej , animasi , video dan text.
1.2  OBJEKTIF
Selepas menggunakan koswer ini, para pelajar dapat :
       1)      Membangunkan koswer matematik bagi operasi tambah tolak sehingga 100.
       2)      Untuk menarik minat murid belajar matematik dan dijadikan sebagai salah satu                        sumber pembelajaran mereka.
      3)   Pelajar dapat mengetahui dan mempelajari bagaimana operasi tambah dan tolak sehingga          100 berlaku.
      4)    Sebagai alat bantu mengajar kepada para guru di dalam kelas.
      5)      Meningkatkan kefahaman murid dan kecekapan mereka untuk meyelesaikan masalah                berkaitan operasi matematik.
     6)        Courseware ini juga bolah digunakan oleh ibu bapa untuk memberi latihan kepada anak           mereka dirumah.

No comments:

Post a Comment